Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Beratus Penumpang Terjejas di KLIA2 Akibat Masalah Sistem

No Comment

SEPANG, 19 Dis - Beratus-ratus penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) terjejas dipercayai berpunca dari sistem daftar masuk syarikat penerbangan AirAsia Bhd yang mengalami masalah pada pagi tadi.

Bagaimanapun, masalah yang bermula dari jam 10 pagi itu dapat diatasi 30 minit kemudian, kata Jurucakap Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB).

"Penumpang bukan terkandas, tetapi bilangannya yang bertambah menyebabkan masalah dalam sistem daftar masuk," kata beliau sebagaimana memetik laporan Bernama.

Jurucakap Airasia memberitahu syarikatnya mengalami pertambahan penumpang secara mendadak berikutan musim cuti persekolahan akhir tahun sehingga menyebabkan KLIA2 sesak.

"Pada kebiasaannya, AirAsia mengendalikan 30,000 penumpang sehari tetapi pada musim cuti, ia meningkat kepada 40,000," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli