Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Berang Dengan Teman Wanita, Lelaki Tikam Diri Sendiri




Berang dengan tindakan teman wanitanya tidak memberikan perhatian apabila terbabit dalam pertengkaran, seorang lelaki mengambil jalan mudah dengan menikam dirinya sendiri di bahagian dada.

Kejadian tersebut berlaku di Blok 671A Woodlands Drive, Singapura pada petang semalam.

"Saya sedang memandu di tempat letak kereta apabila saya terlihat seorang lelaki terbaring kaku di tingkat 2, dengan sebilah pisau di dadanya," demikian menurut seorang saksi yang dikenali sebagai Chew.

Mangsa dilihat terbaring di sebelah kereta yang dipercayai menjadi lokasi pertengkaran pasangan berkenaan.

Terkejut dengan kejadian itu, teman wanitanya segera memberikan bantuan pernafasan dan menghentikan pendarahan, sebelum dibawa ke hospital oleh pasukan keselamatan.



Selain pisau sepanjang 15cm itu, polis juga menemui sebilah lagi pisau utiliti yang belum lagi diguna yang dipercayai dibeli bersama pisau untuk menikam dirinya. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli