Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bekas Tentera British Kudung Terkena Bom Di Iraq Utus Surat Terbuka Kecam Tindakan Islamophobia


Bekas seorang tentera British,Chris Herbert, yang telah kehilangan kakinya ketika bertugas di Iraq akibat terkena bom telah mengutuskan surat terbuka menyelar mereka yang bersifat rasis kerana nasib yang menimpanya.

Memetik laporan The Telegraph,  beliau telah mengalami kecelakaan dan kehilangan kaki akibat terkena letupanyang diletakkan di jalanan yang memusnahkan kenderaan beliau pada tahun 2007.

Ketika kejadian Herbert dikatakan sedang bertugas mengiringi tentera lain di dalam sebuah kenderaan tentera apabila unitnya dari Rejimen Yorkshire diserang hendap.

Beliau yang menyatakan rasa kecewa selepas melihat rata-rata masyarakat menyalahkan Musliam dan ada beranggapan yang beliau anti-Islam membuatkan beliau tampil memuatnaik mesej di laman Facebooknya.

Berikut adalah apa yang ditulisnya dimana ketika ini telah dikongsi 173 ribu kali.


Getting frustrated by some people expecting racism from me, because I got blown up. Here it is:Yes. A Muslim man blew...
Posted by Chris Herbert on Tuesday, December 8, 2015

TERJEMAHAN

Saya kecewa dengan sesetengah orang yang mahu saya jadi rasis, kerana saya pernah dibom.

Beginilah:

Ya. Seorang Muslim mengebom saya, dan saya hilang kaki.
Seorang Muslim juga hilang lengan pada hari itu dan beliau memakai seragam tentera British.
Seorang petugas perubatan Muslim ada di dalam helikopter yang mengambil saya dari tempat kejadian.
Seorang pakar bedah Muslim menjalankan pembedahan yang menyelamatkan nyawa saya.
Seorang jururawat Muslim menjadi ahli pasukan yang menyelamatkan saya waktu saya pulang ke UK.
Seorang pembantu perubatan Muslim menjadi ahli pasukan yang memenuhi keperluan harian saya dalam proses pemulihan ketika saya belajar untuk berjalan.
Seorang pemandu teksi Muslim menumpangkan saya secara percuma ketika saya pulang dari berjumpa Ayah dan meminum bir bersamanya.
Seorang doktor Muslim menenangkan ayah saya dan memberi nasihat perubatan apabila dia tidak pasti tentang ubat-ubatan saya serta kesan sampingannya.

Sebaliknya:
Warga kulit putih Britain yang meludah ke muka kekasih saya kerana ‘meniduri saya dan bukannya dia’
Warga kulit putih Britain yang menolak kerusi roda saya menjauhi lif agar dia dapat menggunakannya
Warga kulit putih Britain yang menjerkah ayah saya kerana menggunakan ruang parkir untuk kurang upaya ketika saya bertugas
(Namun, ramai yang telah membantu saya pulih! Saya tidak membenci warga Britain juga! hahaha)

Maksud saya, persetankan semua itu. Saya tahu siapa yang saya benci, dan siapa yang tidak. Saya tahu siapa yang saya hargai, dan siapa yang tidak.

Jika kamu mahu membenci seluruh bangsa lelaki dan perempuan hanya kerana beberapa orang yang bodoh, bencilah, tapi jangan paksa pandangan kamu ke atas saya dengan berfikir bahawa saya mudah dipengaruhi kerana ada seorang dungu suatu hari ingin membunuh saya.

 Menyalahkan seluruh umat Islam kerana tindakan kumpulan seperti Daesh dan Taliban samalah seperti menyalahkan seluruh penganut Kristian atas tindakan KKK atau Westboro Baptist Church. Teruskanlah hidup anda, sayangi keluarga, dan kembalilah bertugas. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli