Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Anak Arwah Sosilawati Syukur Pembunuh Ibu Dapat Hukuman Setimpal





KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini mengekalkan hukuman mati terhadap empat suspek yang terlibat membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga pembantunya, lima tahun lalu.

Mereka adalah bekas peguam, N. Pathmanabhan, 45, dan pembantu ladang T. Thilaiyalagan, 23, R.Matan, 24, serta R. Kathavarayan, 35.

Kejadian bunuh itu berlaku di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, di Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010. 

Kesemua mangsa terdahulu dilaporkan hilang  ketika dikatakan pergi ke Banting berhubung urus niaga jualan tanah.

Sementara itu, anak sulung Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 30, bersyukur dengan keputusan mahkamah dan nekad mahu menjalani hidup dengan lebih tenang selepas ini.

"Syukur Alhamdulilah, saya menerima perkara ini dengan hati yang terbuka. Saya amat berterima kasih kepada semua. Kami akan lebih tenang menjalani kehidupan selepas ini.

“Saya juga amat berpuas hati kerana arwah ibu telah mendapat hak yang sewajarnya. Semoga roh arwah ibu tenang dan diberkati.

“Kami akan lebih kuat dalam meneruskan perniagaan arwah ibu dan akan berusaha menjadikannya sebagai satu legasi sekurang-kurangnya untuk 20 tahun akan datang,” katanya yang juga Pengarah Urusan Nouvelles Visages.

Mereka sekeluarga akan mengadakan majlis kesyukuran dengan berita mahkamah yang diterimanya itu. -Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli