Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Aktiviti Perlombongan Bauksit Ketika Musim Hujan Terdedah Kepada Bahaya - Pakar




KUANTAN: Sekumpulan pakar memberi amaran bakal berlaku kejadian gelongsoran lumpur dan tanah runtuh di beberapa kawasan yang terlibat dnegan perlombongan bauksit di Pahang.

Ia berikutan musim hujan yang mula melanda negeri itu dan beberapa lagi negeri lain.

Menurut Ketua Jabatan Kejuruteraan dan Geoteknik Universiti Malaysia Pahang, Dr Muzamir Hasan, kawasan Bukit Goh dilihat berisiko kerana ia kawasan perlombongan bauksit paling aktif dan terletak berdekatan rumah dan sungai.

"Ia juga merupakan kawasan berbukit, memberikan risiko kepada pergerakan tanah lebih tinggi, terutama disebabkan oleh tanah laterit yang kurang padat," katanya memetik mStar.

Hujan yang lebat juga akan menyebabkan endapan dari hakisan sungai makin banyak dan menjadikan paras air makin cetek.

Beberapa pihak juga menggesa operasi perlombongan bauksit dihentikan buat seketika pada musim hujan kerana bimbang risiko yang akan menimpa pekerja-pekerja tersebut. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli