Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ada Hikmah Di Sebalik Kontroversi 'KimK', Vii Narza Mahu Fazura Jadi Duta Tudungnya





Masih ingat lagi kontroversi yang melanda Nur Fazura dengan seorang wanita bertudung yang disalah anggap sebagai mencarut selepas meninggalkan komen 'kimK' di laman Instagram selebriti itu baru-baru ini?


Wanita tersebut, Nur Atiqah Annuar, yang dikenali sebagai Vii Narza di laman Instagramnya menyuarakan hasratnya untuk menjadikan Fazura sebagai duta kepada perniagaan tudungnya.

Memetik temubualnya bersama ProjekMMO, Nur Atiqah mengakui kontroversi itu berjaya menarik ramai pelanggan dalam perniagaannya yang diusahakan sejak 2008 lalu.

“Kalau ditakdirkan saya berjaya dan dapat butik sendiri, kenapa tidak kalau saya ambil Fazura jadi duta saya?

“Apa salahnya sebab semua orang nak jadi macam Fazura, dia sangat cantik.

“Saya memang tak ada masalah, sebab saya memang peminat dia dan jujur saya impikan dia dapat pakai tudung rekaan saya.

“Kalaulah betul dia pakai, saya sangat gembira sebab kita (bersama Fazura) dapat bekerjasama dengan baik,” katanya.

Ekoran salah faham itu, Fazura dan Nur Atiqah sebelum ini saling mendesak memohon maaf, bagaimanapun sehingga kini kedua-duanya gagal berbuat demikian.

Mengambil positif walaupun kejadian itu mencetuskan isu ketegangan di kalangan pihak yang menyokong dirinya dan Fazura, Nur Atiqah enggan mana-mana pihak memperbesarkan isu itu lagi.

“Kalau ada peluang nak jumpa dia secara peribadi pun saya tak ada masalah,” ujarnya. -Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli