Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Abang Terlajak Laris Akui Turut Terkesan Dengan Keadaan Ekonomi Sekarang

No Comment


SHAH ALAM - Jutawan produk kesihatan dan kecantikan, D'Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman turut terjejas dengan keadaan ekonomi sekarang.

Menurut beliau, perniagaannya turut terjejas akibat keadaan ekonomi sekarang selain menzahirkan rasa simpati kepada mereka-mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.

"Saya perlukan bantuan, sedih dan tak sangka dengan ringgit Malaysia, bila duit kita jatuh teruk nak pergi luar negara pun menyampah dan tak ada mood. Semua benda mahal, nak beli itu ini pun susah.

"Secara jujur abang amat terasa dengan kenaikan kos kehidupan masa kini yang naik mendadak dan kasihan pada mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana, sebenarnya abang pun terasa perkara paling sukar bila perniagaan abang melibatkan 'import eksport'," tulisnya menerusi laman Facebook rasminya.

Aliff bagaimanapun berkata dia berharap agar ekonomi negara kembali stabil seperti satu ketika dahulu. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli