Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Terkini : Turki Tembak Jatuh Pesawat Tempur Dipercayai Milik Rusia


Ankara, 24 Nov - Media Turki melaporkan pesawat tempur Turki telah menembak jatuh sebuah pesawat tempur yang dipercayai milik Rusia.

Media Turki melaporkan pesawat itu ditembak setelah ia didakwa menceroboh ruang udara Turki dan telah memberi amaran sebelum menembak jatuh pesawat terbabit.

Memetik laporan dari sumber Dogan News Agency, pesawat itu terhempas di satu kawasan di Syria yang berdekatan dengan sempadan Syria-Turkey. Selain itu, juruterbang juga dilaporkan sempat keluar daripada pesawat terbabit namun nasib mereka tidak diketahui.

Dalam perkembangan yang sama, Menteri Pertahanan Rusia mengesahkan pesawat yang ditembak jatuh adalah pesawat SU-24 milik Rusia.

Pesawat SU-24
Namun beliau menafikan pesawat itu telah menceroboh ruang udara Turki dan berkata ia masih terbang dalam ruang udara Syria. - Siakapkeli.my

Dikemaskini :

Rusia berkata pesawat SU-24 yang terlibat bukan ditembak jatuh dari udara, tapi ditembak jatuh dari tanah.




Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli