Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Sukar Mendapatkan Ukuran Tepat? Anda Mungkin Menggunakan Pita Pengukur Dengan Salah Selama Ini

No Comment

Mereka yang kuat bertukang akan tahu betapa susahnya untuk mendapat ukuran yang tepat apabila menggunakan pita pengukur terutamanya apabila mengukur permukaan yang tidak rata.

Ini disebabkan oleh reka bentuk alat itu dan juga tali pengukurnya yang tidak lurus.

Namun sebenarnya pita pengukur sudah pun didatangkan dengan solusi terhadap masalah-masalah yang timbul.

Apa yang menjadikan proses mengukur menjadi sukar adalah kerana kita tidak tahu ataupun kita tidak diberitahu tentang kewujudan solusi tersebut.

Berikut adalah 4 cara yang betul ketika menggunakan pita pengukur.

1 - Kiraan pada pita pengukur pada inci pertama dikurangkan sebanyak 1/16 inci berikutan gigi besi di bahagian hadapan pita pengukur. Namun sebenarnya besi itu boleh ditarik ke depan supaya ukuran yang tepat boleh diambil. Lihat gambar gif di bawah sebagai rujukan.



2 - Panjang badan pita pengukur ada dinyatakan pada badannya. Sebagai contoh, pita pengukur seperti gambar di bawah berukuran 3 inci atau 72mm panjang.


via GIPHY

Ini bermakna, anda tidak perlu membengkokkan pita mengukur untuk mendapat ketepatan tepat semasa mengukur dinding hingga ke lantai. Cuma perlu tambahkan panjang badan pita pengukur dengan hasil ukuran tersebut.


3 - Lubang pada gigi pita pengukur sememangnya dicipta khusus untuk memegang hujung pita pengukur dengan menggunakan paku atau skru. Jadi, tidak perlu lagi pembantu tambahan semasa membuat ukuran!


4 - Cara ini mungkin biasa sahaja tapi tetap berguna. Besi yang digunakan sebagai gigi pita pengukur sengaja dibuat tajam supaya ia boleh dijadikan sebagai penanda tempat ukuran.

Untuk penjelasan yang lebih lanjut, tonton video dibawa :). - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli