Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Malaysia Ada Raja Pecut Baru, Pecahkan Rekod 17 Tahun Dipegang Watson Nyambek


Setelah 17 tahun rekod raja pecut Malaysia dalam acara 100 meter yang dipegang oleh Watson Nyambek (10.30s) yang direkodkan pada 1998, akhirnya rekod berkenaan telah berjaya dipecahkan oleh seorang raja pecut baru Malaysia.

Pelari pecut Badrul Hisham Manap, 18 yang berasal dari Melaka telah berjaya mencipta rekod baru kebangsaan acara 100m apabila merakam 10.29s  dan berjaya memenangi pingat emas di Kejohanan Sukan Sekolah Asean (ASG2015) di Bandar Sri Begawan (Brunei), hari ini.

Pelari Melaka itu memecahkan rekod 17 tahun dipegang oleh Watson Nyambek (10.30s) yang dirakam pada 1998.

Beliau yang merupakan pelajar Sekolah Seri Kota Melaka (Sekolah Sukan Negeri) itu tiba di garisan penamat acara riben biru diikuti rakan senegara Asnawi Hashim (10.71s) dan ketiga pelari Thailand, Worawut Salabal (10.87s).

Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim berkata, pencapaian Badrul membanggakan memandangkan atlet muda itu memecahkan rekod kebangsaan bertahan sekian lama.

“Ia adalah rekod rasmi dan rekod baru kebangsaan. Pencapaian dilakukan dengan catatan elektronik dan bukan catatan melalui jam tangan,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

“KOM akan memberi ganjaran sebanyak RM5,000 kepada Badrul atas pencapaiannya itu.
“Kami harap dia dapat mewakili Malaysia di Sukan Olimpik Rio di Brazil nanti sekiranya boleh memperbaiki masa peribadinya. Malah KOM mahu dia terus dibimbing oleh jurulatihnya, Mohd Poad Md Kassim.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Badrul memenangi acara utama menjadi tumpuan ramai atlet olahraga dan membawa dimensi baru kepada acara itu. Tahniah buat kontinjen kita”, katanya dipetik laporan Harian Metro. - Siakapkeli.my



#10.29s NR Badrul Hisyam Video source from whatsapp group.
Posted by Riduan Mohd Jironi on Monday, November 23, 2015

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli