Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tuah Muka Hodoh, Lelaki Bawa Pulang RM2,141 Selepas Bergelar Mr Ugly 2015


Gara-gara memiliki paras wajah yang dianggap hodoh, seorang penganggur telah diumumkan sebagai pemenang untuk lelaki paling hodoh di Zimbabwe apabila mengalahkan 35 peserta yang lain.

Lelaki berkenaan, Mison Sere telah membolot hadiah pertama dengan membawa pulang wang tunai AS$500 (RM2,141) selepas dinobatkan Mr Ugly 2015 yang berlangsung di sini Harare.

Mison yang keliahtan tidak mempunyai gigi hadapan melahirkan rasa gembira apabila berjaya menewaskan penyandang gelaran Mr Ugly sebanyak tiga tahun berturut-turut.

“Saya bersyukur kepada Tuhan kerana memenangi gelaran ini. Pada tahun lalu saya menduduki tempat keempat.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada hakim kerana mengiktiraf wajah saya,” katanya. - Siakapkeli.my




Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli