Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Terengganu Sedia Pertimbang Permohonan Pengusaha Lombong Bauksit



KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu dibawah pimpinana Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman dipetik laporan Bernama dikatakan bersedia untuk menimbang permohonan pengusaha bauksit yang berhasrat memperoleh lesen melombong di negeri ini.

Menurut Menteri Besar Terengganu itu, lesen berkenaan akan dipertimabngkan dengan syarat ia tidak mendatangkan mudarat kepada penduduk setempat,  bagaimanapun mereka harus memberikan penerangan kepada penduduk tentang kaedah pengeluaran bauksit agar ia tidak mencemarkan alam sekitar dan menimbulkan masalah kepada mereka.

"Sekarang, memang ada yang memohon lesen melombong bauksit di tanah persendirian dan milik Sime Darby Sdn Bhd, namun kita belum memberi kata putus berhubung perkara itu.

"Masalah timbul bila berlaku kecurian bauksit dan pencuri ini mengeluarkan bauksit tanpa mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang sepatutnya dan di sinilah punca kemarahan orang ramai berhubung isu bauksit," katanya.

Mengulas lanjut mengenai Bauksit, beliau memberitahu bahawa ketika ini kerajaan negeri terpaksa mengeluarkan belanja besar untuk menanggung kos gaji anggota penguatkuasa yang membuat kerja lebih masa 24 jam di mana mereka menjalankan operasi pencegahan kecurian bauksit pada masa ini.

"Selama mana kita dapat menghalang perkara ini (kecurian) daripada terjadi dan adalah lebih baik kita memberi kebenaran bagi penjualan bauksit ketika harganya masih tinggi.

"Ia boleh menjadi sumber pendapatan kepada negeri yang juga akan dinikmati rakyat. Harga bauksit pada masa ini amat tinggi dan negeri jiran, Pahang mampu menjana pendapatan sebanyak RM2 juta sebulan hasil eksport mineral ini.

"Justeru, kita bercadang mengeluarkan lesen kepada mana-mana pihak berminat dan mereka mestilah mematuhi syarat ketat yang ditetapkan bagi mengelak pencemaran dan isu berbangkit di kemudian hari," katanya kepada Bernama.

Beliau juga memberi amaran kepada pengusaha bauksit jika mereka melanggar peraturan ayang ditetapkan, lesan kebenaran melombong bauksit akan ditarik balik serta merta kerana kerajaan negeri tidak akan berkompromi berhubung soal keselamatan penduduk. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli