Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sultan Tiada Kuasa Untuk Haramkan Penjualan Vape - Peguam


Berikutan titah Baginda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mengharamkan penjualan vape di negeri Johor, nampaknya pelbagai memberikan reaksi mengenai perkara ini di mana ada yang menyokong ada yang mengutarakan cadangan lain.

Seorang peguam, Syahredzan Johan tampil menegaskan dalam satu kenyataan bahawa sultan tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk mengharamkan vape kerana bidang kuasa itu di bawah Kerajaan Negeri.

Bagaimanapun, kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk membuat larangan berkenaan mengikut titah namun kerajaan negeri boleh memilih untuk tidak melaksanakan larangan itu.

"Jika larangan itu dilaksanakan, ia hanya melibatkan pengharaman menjual produk vape di peringkat majlis tempatan.

"Kerajaan negeri tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengharamkan perbuatan menghisap vape kerana bidang kuasa itu di bawah Kerajaan Persekutuan," tambah Syahredzan dalam satu status di akaun Facebooknya.

Beliau dalam kenyataannya itu juga menyatakan rasa setuju dengan titah baginda Sultan Ibrahim di mana isu vape tidak sepatutnya dijadikan isu perkauman seperti yang dilakukan sesetengah pihak.

BACA: Terkini : Sultan Johor Haramkan Vape di Seluruh Negeri Johor

Dalam laporan sebelum ini, baginda dikatakan telah memberi tempoh sebulan kepada semua peniaga vape di negeri itu untuk menutup premis perniagaan mereka bermula 1 Januari 2016.

Berikutan titah DYMM Sultan Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Datuk Ayub Rahmat berkata, kerajaan negeri akan membincangkan titah baginda pada mesyuarat majlis kerajaan negeri dalam masa terdekat. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli