Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sewa Hotel Sebelum Curi Lego Bernilai RM22,575


NUSAJAYA - Seorang pemandu lori ditangkap polis apabila perbuatannya mencuri barang permainan Lego bernilai RM22,575 di bilik pameran di Hotel Legoland terbongkar.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Nusajaya, Deputi Superintendan Ismail Dollah dalam satu kenyataan berkata lelaki yang berumur 37 tahun itu ditahan di rumahnya di Jementah, Segamat pada Isnin lepas.

"Setelah menerima laporan, polis berjaya memberkas suspek dalam masa kurang daripada 24 jam," katanya memetik laporan Bernama.

Suspek dikatakan terlebih dahulu menginap satu malam di hotel tersebut dan mencuri barang permainan sebelum mendaftar keluar.

"Modus operandi yang digunakan suspek ialah mencuri barang permainan Lego yang dipamerkan dengan memasukkan kesemua permainan dalam beg besar sebelum keluar daripada hotel itu," kata beliau sebagaimana memetik laporan Bernama.

Antara barang permainan yang ditemui oleh pihak polis adalah Lego Dragon, Lego Monkey, Lego Monkey Head, Throw Pillow Pirate dan Bed Runner King.

Suspek juka didapati positif dadah jenis Amphetamine (AMP) namun tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Suspek direman selama tiga hari sejak semalam dan disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan (Curi dalam bangunan).

Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan juga boleh didenda atau sebat.

Kata Ismail juga, kes curi Lego ini merupakan kes pertama kali seumpanya dan pihak polis memandang serius kes tersebut keran ia boleh menjejaskan imej industri pelancongan di negeri tersebut. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli