Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Polis Serbu Rumah Buruh Untuk Kes Dadah Tapi Jumpa 513 Keping DVD Lucah Pelbagai Tajuk


BESUT: PAda mulanya pihak polis menyerbu sebuah rumah milik seorang buruh untuk operasi membenteras dadah, namun  dadah tidak dijumpai, sebaliknya pihak polis menjumpai 513 keping DVD lucah pelbagai tajuk di Kampung Renek, Jabi dekat sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah berkata, hasil maklumat orang ramai, pihak polis telah bertindak menyerbu rumah suspek oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik untuk mengesan dadah.

"Bagaimanapun semasa melakukan pemeriksaan, lain yang kita cari, lain yang kita jumpa di mana anggota penyiasat menjumpai 513 DVD lucah pelbagai tajuk yang tersimpan di satu sudut rumah itu," katanya dipetik laporan Bernama.

Hasil siasatan awal, suspek tidak berada di bawah pengaruh dadah dan dia turut mengakui kesemua DVD lucah itu merupakan koleksinya sejak beberapa tahun lalu.

Suspek kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut dan kesemua DVD lucah itu dirampas.

Kes disiasat mengikut Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 kerana memiliki filem lucah. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli