Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Penyakit Misteri Ragut Nyawa Kanak-Kanak Suku Jahai


Belum, Perak 24 Nov - Satu penyakit misteri kini sedang melanda di kawasan Sungai Kejar di Taman Negeri Perak Royal Belum dan membunuh kanak-kanak Orang Asli dari suku kaum Jahai di Kawasan terbabit.

Suku tersebut memanggil penyakit tersebut sebagai serawan.

Memetik laporan dari mStar Online, penyakit tersebut bermula dengan tompok putih di dalam mulut kanak-kanak sebelum ia membunuh dalam masa beberapa hari selepas tanda-tanda itu timbul.

Pasukan R.AGE dari The Star telah mengembara ke dalam kawasan tersebut bagi melakukan penyiasatan dan dokumentari mengenai penyakit misteri terbabit dan menemui beberapa keluarga suku Jalai yang telah kehilangan anak-anak mereka kerana penyakit misteri itu.

Seorang kanak-kanak perempuan 8 tahun, Malini, meninggal dunia pada pagi selepas pasukan R.AGE tiba. Pasukan R.AGE kemudian dibenarkan merakam upacara pegebumian Malini.

"Jika tidak kerana serawan, dia masih berada di sini," kata Kurup iaitu datuk Malini yang turut berkata lebih ramai yang terkorban akibat penyakit serawan.


Seorang laki-laki dari suku tersebut, Bain, berkata serawan telah membunuh lima anak-anaknya.

"Kami pernah mempunyai kira-kira 600 orang di kampung-kampung di sini, dan kita gembira. Kini kira-kira 400 daripada kami sudah meninggal dunia," katanya.

Pasukan R.AGE kemudian menunjukkan gambar-gambar gejala penyakit itu kepada beberapa orang doktor. Doktor membuat kesimpulan bahawa bintik putih berkenaan adalah gejala seriawan mulut.

Seriawan merupakan penyakit pada mulut atau lidah yang berlaku apabila sistem imun menjadi lemah oleh penyakit atau kerana kekurangan zat makanan.

Para doktor berkata ujian yang lebih terperinci perlu dilakukan bagi menentukan punca penyakit tersebut.

Menurut Ahli Antrapologi Universiti Malaya, Kamal Solhaimi Fadzil, kadar kematian kanak-kanak di Sungai Kejar boleh menjadi setinggi 50 peratus.

Namun begitu, Jakoa Hulu Perak dan Pegawai Daerah Baling, Razali Khamis yang menyelia kawasan Sungai Kejar berkata tiada kematian yang dilaporkan dalam kalangan Orang Asli di kawasan terbabit sejak 2014.

Tambah beliau juga, dia tidak pernah mendengar tentang serawan dan juga ragu-ragu terhadap cerita kematian kanak-kanak. Razali kemudian merujuk pasukan R.AGE ke jabatan kesihatan daerah namun rekodnya adalah sama.

Pegawai Jabaan Kesihatan Daerah Hulu Perak, Dr Noor Asmah Ahmad Shah Azizi berkata ini mungkin berlaku kerana masyarakat Orang Asli tidak melaporkan kematian yang berlaku.

Rekod menunjukkan hanya satu kematian yang berlaku sejak tahun 2013.

"Mungkin ada kematian yang tidak dilaporkan, tetapi ia tidak sebanyak seperti yang didakwa," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli