Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Peguam Negara Nafi Dakwaan Adik Kevin Morais


Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini menolak akuan sumpah berkanun (SD) yang dibuat oleh adik TPP, Charles Suresh Morais, yang mendakwa kematian abangnya itu ada kaitan dengan siasatan 1MDB.

Apandi berkata Anthony Kevin Morais tidak mempunyai kaitan dengan siasatan firma pelaburan negara 1MDB.

"Dakwaan Charles itu adalah sangat melampau dan tidak masuk akal. Malah apabila beliau (Kevin Morais) dipindahkan kembali ke Pejabat Peguam Negara pada awal Julai 2004, belum ada laporan berhubung 1MDB," katanya memetik laporan BH Online.

Apandi berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan Charles dan SDnya yang memohon supaya mayat abangnya terus disimpan di bilik mayat HKL sehingga bedah siasat kali kedua. - Siakapkeli.my

Baca : Adik Dakwa Kematian Kevin Morais Ada Kaitan dengan Siasatan Terhadap Pemimpin Kanan Negara
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli