Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pecah Rekod 100m : Ia Pencapaian Yang Luar Biasa - Watson Naymbek


MIRI: Semalam, nama Badrul Hisyam Manap menggegarkan arena sukan tanah air apabila dia berjaya mengatasi rekod larian 100m Watson Nyambek dengan perbezaan masa 0.01 saat.

Berikutan pencapaian Hisyam Manap, bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek, tampil memberi nasihat bagaimana untuk mengembangkan bakat Badrul supaya dia boleh beraksi secara maksimun.

"Saya mengucapkan tahniah kepadanya kerana membuat rekod 100m negara yang baharu. Dia boleh pergi jauh dan saya percaya dia boleh berlari di dalam larian kelas dunia dibawah 10.00 saat untuk bersaing dalam Olimpik atau memegang rekod dunia, dengan latihan yang sepatutnya", katanya memetik laporan Bernama.

Watson yang juga pemegang rekod terpantas larian 100m negara sebelum ini berkata Badrul memerlukan latihan yang betul, suplimen yang lebih elok untuk badannya dan juga jurulatih yang memahami sains dalam larian.

Watson menyifatkan pencapaian Badrul sebagai satu pencapaian yang luar biasa berikutan umur Badrul yang masih muda.


Menurut Watson, pencapaian Badrul akan menjadi satu lonjakan untuk atlet, terutamanya bagi Sukma yang bakal menjelang pada tahun depan.

"Pencapaiannya akan menarik orang ramai serta memberi cabaran kepada semua atlet muda dan bakal atlet negara ini," katanya.

Watson Naymbek, 39, membuat rekod larian 100m terpantas negara pada tahun 1998 dengan kelajuan 10.30 saat. Bagaimanapun, rekod itu dipadamkan oleh Badrul dengan larian sepantas 10.29 saat semasa di Sukan Sekolah Asean di Bandar Seri Begawan semalam. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli