Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Padah Curi 30 Kotak Ubat Gigi

No Comment

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki mengaku bersalah diatas pertuduhan mencuri 23 kotak ubat gigi berjenama Darlie dan 7 berjenama Colgate di Hospi Mart di Hospital Kuala Lumpur pada Khamis.

Lelaki tersebut, 22, di dakwa dibawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman maksimun penjara 10 tahun atau denda dan sebatan bagi kesalahan berikutnya.

Majistret, Nur Aminatul Mardiah Md Nor bertanya kepada tertuduh: "Mengapa kamu mencuri Colgate (ubat gigi)?".

Tertuduh kemudian menjawab :

"Ia untuk wang poket saya. Ini kesalahan pertama saya," katanya meminta supaya hukuman diringankan.

Majistret kemudian menjatuhkan hukuman 10 hari penjara dari tarikh tangkap dan membayar denda sebanyak RM250 dan jika gagal dia perlu menjalani hukuman penjara selama 15 hari.

Tertuduh keudian menarik nafas lega sambil menganguk dan menutup muka dengan tangan sebelum mengucapkan terima kasih kepada majistret. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli