Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Novel Sekarang Cerita Boleh Tahan Tapi Tajuk 'Sampah' Dan Menjengkelkan" - Netizen



Satu fenomena pelik dengan tajuk-tajuk segelintir novel sejak kebelakangan ini di Malaysia nampaknya telah menarik perhatian netizen di media sosial untuk membincangkannya.

Bagi kebanyakkan mereka beranggapan tajuk-tajuk novel pada masa kini segelintirnya memilikit rend tajuk yang 'sampah' dan menjengkelkan.

Tajuk-tajuk yang digunakan dengan jalan cerita yang hampir sama menjadi pilihan penulis-penulis novel yang membuatkan ramai pembaca menggeleng kepala.



Jika dilihat mungkin tajuk-tajuk yang digunakan mereka membuatkan novel yang dihasilkan menonjol dan menarik perhatian orang untuk membaca tetapi berdasarkan maklumbalas di laman sosial ternyata strategi yang digunakan itu membuatkan ramai pembaca hilang minat.

Lihat beberapa tajuk di bawah ini yang menjadi perbincangan ramai di laman sosial.

Bang Guard, Security Hatiku

Tajuk mcm gampang. Yg bawah lg haram jadah.Awekku minah latah.
Posted by Fakhrul Zihni on Wednesday, November 25, 2015




Imamku, Mr. Kimchi




Encik Suamiku Hipster




My Sewel Guy

Arenis Wawa Ct Hajar tengok cover novel ni. Rasa nk gelak guling2..hahaha
Posted by Nor Adiela on Monday, November 2, 2015



Awekku Minah Latah



Mr. Stalker… Saya Cintakan Awaklah!


Rata-rata mereka menyifatkan pemilihan tajuk yang 'sampah' ini tidak melambangkan penggunaan bahasa melayu yang betul walaupun di dalamnya terdapat isi yang bagus tetapi tanggapan pertama pada tajuk menyebabkan mereka sudah hilang minat untuk membacanya.



Apapun, semua ini sudah menjadi trend, bukan sahaja melibatkan penulis novel, tetapi drama-drama tv tempatan yang dilihat sering kali menggunakan tajuk-tajuk seperti ini.


Berbeza antara penulis-penulis hebat sebelum ini, contohnya Damya Hanna, mengeluarkan novel bertajuk 'Bicara Hati', tajuknya biasa-biasa tetapi diulang cetak sehingga 18 kali, novel 'Gemersik Kalbu', diulang cetak sehingga 8 kali dan keseluruhan dari 9 novel yang dihasilkannya mencatat jualan hampir 600 ribu naskah.


Seorang lagi penulis hebat, Aisya Sofea, antara novel terkenalnya berjudul 'Jauh' dan 'Jendela hati kau untukku' di mana dari 9 novel yang dihasilkan, jualannya sehingga kini mencecah 700 ribu naskah.

Apapun, kena ketahui, novel adalah sebuah karya seni yang melibatkan penggunaan bahasa-bahasa yang puitis yang menunjukkan kehebatan bahasa Melayu, tetapi novel-novel yang ada di pasaran kini dilihat bahasa yang digunakan sudah menyebabkan identiti novel yang dikenali sebagai karya terhebat dalam penggunaan bahasa hilang. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 1 ulasan )
  1. Setuju.! kadang-kadang rase jengkel dengan pencampuran bahasa melayu dan inggeris semata-mata nak sedapkan ayat.

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli