Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

KKMM Cadang MKN Kaji Ancaman Waze Dan Google Maps Terhadap Keselamatan Negara


Kuala Lumpur: Pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia mungkin akan mencadangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengkaji ancaman dua navigasi GPS yang popular di Malaysia iaitu Waze dan Peta Google terhadap negara.

Memetik laporan Malaysiakini, perkara ini timbul selepas dua ahli parlimen telah menyuarakan rasa bimbang terhadap penggunaan aplikasi ini yang dikatakan boleh digunakan untuk membocorkan maklumat sensitif, walaupun Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari menafikannya.

“Rakyat Malaysia amat bergantung kepada Peta Google dan Waze bagi tujuan pencarian lokasi dan secara tidak langsgung maklumat berkaitan Malaysia telah dibekalkan kepada pihak luar seperti Amerika Syarikat dan Israel serta boleh membawa ancaman anasir luar.

“Apakah telah ada usaha kerajaan untuk menangani permasalahan ini," soal Raime Unggi (BN-Tenom) pada sesi soal jawab di Parlimen.

Kenyataan beliau itu telah disokong oleh Datuk Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) yang berkata soalan Raime adalah penting untuk "memastikan keselamatan negara."

“Kalau YB semua rasa ini perlu ditangani, saya percaya wajar MKN melihat perkara ni secara keseluruhan," kata Jailani.

Bagaimanapun, sebelum ini timbalan menteri SKMM telah berulang kali memaklumkan bahawa penggunaan Waze dan Peta Google tidak menjadi satu kesalahan, dan sebarang penghantaran data adalah tertakluk kepada dasar peribadi antara pengguna dengan Waze atau Google.

Ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, Jailani menolak kebimbangan bahawa Amerika Syarikat sedang memantau keadaan trafik di Malaysia. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli