Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dua Lelaki Tempatan Ditahan Ketika Berenang Keluar Dari Singapura


SINGAPURA: Dua lelaki rakyat Malaysia; masing-masing berumur 37 dan 39 tahun; ditahan ketika cuba meninggalkan Singapura untuk ke Malaysia dengan cara berenang sambil memegang beg sampah di atas kepala untuk menyembunyikan diri mereka sendiri.

Dalam satu kenyataan, Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berkata kira-kira 04:40 hari ini, pegawai-pegawai di Pusat Pemeriksaan Woodlands menemui dua beg sampah hitam terapung berhampiran pantai di sepanjang Causeway.

Menyedari sesuatu yang aneh pada beg sampah itu, pegawai-pegawai menjalankan pemeriksaan dan mengesan dua lelaki berenang berhampiran pantai menghala ke Malaysia.

Siasatan awal mendapati bahawa kedua-dua lelaki tu telah tinggal melebihi tempoh di Singapura.

ICA memandang serius perbuatan tinggal melebihi tempoh, memasuki atau meninggalkan Singapura secara haram.

Di bawah Akta Imigresen (Cap 133), hukuman kerana tinggal melebihi tempoh atau masuk secara haram yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan dan sekurang-kurangnya tiga kali sebatan, manakala penalti untuk keluar secara haram adalah denda sehingga S$ 2,000 (S$1 = RM3), enam bulan hukuman penjara atau kedua-duanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli