Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dua Kereta Bertembung, Kanak-Kanak 2 Tahun Jadi Yatim Piatu


REMBAU, 29 Nov - Seorang kanak-kanak dua tahun, Muhammad Khair Maizudin, menjadi yatim piatu dalam sekelip mata apabila dia dan ibu bapanya terbabit dalam satu kemalangan di KM14.7, Jalan Seremban - Tampin dekat sini pagi tadi.

Arwah ibu kanak-kanak tersebut, Murni Muhamat, yang difahamkan mengandung lapan bulan berusia 26 tahun manakala arwah bapa kanak-kanak tersebut, Khairul Anwar Tajuddin berusia 34 tahun.

Muhammad Khair Maizudin bagaimanapun terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan akibat dari kejadian. Kanak-kanak itu ditenteramkan oleh anggota paramedik ketika kejadian.

Kejadian yang berlaku pada jam 6 pagi itu membabitkan sebuah Proton Persona yang dinaiki keluarga tersebut dan sebuah Honda Civic.


Kedua-dua kereta tersebut dipercayai bertembung sebelum kreta mangsa terbalik ke dalam longkang di tepi jalan dan menyebabkan pasangan tersebut tersepit di tempat masing-masing.

Menurut pegawai operasi Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Mohd Kasim Hassan, pihak bomba menerim panggilan kecemasan pada jam 6.23 pagi dan sebuah jentera bersama 6 anggota bomba dikerah ke tempat kejadian.

Menurut beliau, pihak bomba mengambil masa hampir sejam untuk mengeluarkan mangsa. Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat.

Pemandu kereta Honda Civic juga telah dibawa ke HTJ untuk rawatan berikutan kecederaan yang dialami.

Punca kejadian masih lagi disiasat. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli