Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wanita Cedera Di Tangan, Lutut Dan Rugi RM1,200 Selepas Diragut


Melaka: Seorang wanita bukan sahaja kerugian lebih RM1,200 malah cedera di tangan dan lutut selepas menjadi mangsa samun dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal ketika melalui lorong belakang sebuah hotel di Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya, di sini, kelmarin.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa yang berusia 20-an dikatakan berjalan seorang diri dan tidak menyedari dia diperhatikan dua lelaki menunggang motosikal Yamaha 125Z.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, suspek yang menunggu peluang itu telah mendekati mangsa sebelum pemboncengnya menarik beg tangan wanita itu dan memecut laju meninggalkan lokasi kejadian.

“Kerugian yang dialami mangsa membabitkan sejumlah wang tunai, telefon bimbit dan barangan peribadi disimpan di dalam beg yang dilarikan kedua-dua suspek terbabit.

“Akibat kejadian itu, mangsa terjatuh atas jalan dan dia cedera ringan di tangan dan lutut," katanya. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli