Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Adik Dakwa Kematian Kevin Morais Ada Kaitan Dengan Siasatan Terhadap Seorang Pemimpin Kanan Negara

Foto : FMT
KUALA LUMPUR, 25 Nov – Adik kepada mendiang Kevin Morais mendakwa kematian abangnya ada kaitan dengan siasatan rasuah yang melibatkan seorang pemimpin dan isterinya.

Charles Morais membuat pengakuan dalam akuan bersumpah yang mendakwa adiknya dibunuh pada September lalu sedang menyiasat kes yang membabitkan seorang pemimpin dan isterinya.

Tiga bulan sebelum Kevin meninggal dunia, dua memberitahu saya bahawa pemimpin itu adalah ‘lelaki dahsyat’ dan isterinya adalah lebih dahsyat ,” katanya sambil menambah mereka berdua berkomunikasi dalam bahasa ibunda mereka kerana gusar perbualan itu dirakam.

Kevin takut perbualan kami ‘dirakam’, oleh itu kami bercakap dalam bahasa ibunda kami,” katanya.

Charles juga berkata dia tidak berpuas hati dengan laporan bedah siasat yang dilakukan oleh Hospital Kuala Lumpur.

Menurutnya, laporan pertama mendapati Kevin berkemungkinan mati kerana lemas.

Ini membuatkan saya ketawa kerana hanya ada satu baris dalam laporan itu. Ia tidak menjelaskan lebih lanjut,” katanya.

Disebabkan itu, Charles memfailkan perintah mahkamah untuk bedah siasat kali kedua. Pengurusan kes ditetapkan pada 4 Disember depan.

Berikutan kes pembunuhan Kevin Morais, seorang anggota tentera dan enam lagi yang lain didakwa di Mahkamah Majistret pada 28 September lalu.

Saya tidak percaya Kevin telah dibunuh kerana dia mendakwa kakitangan kerajaan terlibat dengan rasuah.

(tetapi) Saya percaya dia mati kerana dia ‘tahu terlalu banyak’ mengenai perbuatan jenayah oleh mereka yang berkedudukan tinggi.", kata Charles memetik laporan FMT.

Selain dari memfailkan perintah mahkamah itu, Charles juga turut mendedahkan Kevin Morais ada menghantar satu pen drive kepadanya sebelum dia dibunuh.

"Ia kini selamat di Amerika Syarikat bersama seseorang yang diarah mendedahkan kandungannya kepada umum sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada saya berhubung akuan sumpah berkanun ini.

"Kandungan pen drive itu dengan jelas dan tanpa ragu-ragu mendedahkan bahawa Kevin telah diarahkan melakukan sesuatu sebelum kematiannya yang dikaitkan dengan seseorang personaliti yang berkuasa di Malaysia," kata Charles dalam akuan sumpah itu.

Sementara itu, Ketua Polis Negara berkata maklumat di dalam pen drive itu perlu dikongsi dengan pihak polis supaya tindakan dapat diambil.

"Saya cadangkan dia kongsi maklumat dengan kami supaya tindakan yang dapat diambil.

"Kita tidak boleh bertindak jika kita tidak mempunyai maklumat mengenai rahsia Kevin,” katanya memetik laporan Malaysiakini.

Tambah beliau juga, keengganan berbuat demikian adalah juga satu perbuatan jenayah.

"Jika dia (adik) mengetahui bahawa kesalahan tertentu berlaku tetapi enggan mendedahkannya, dia juga lakukan satu kesalahan," katanya.

Mengulas soalan bagaimana sekiranya polis menuntut untuk mendapatkan pen drive tersebut, Khalid berkata "Pihak polis boleh mahu banyak perkara. Saya ingin tahu siapa yang membunuh abang saya." - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 1 ulasan )
  1. dia patut dedahkan siapa yg mengarahkan siasatan. bagi saya, jika sesiapa yg arahkan buat siasatan terhadap LELAKI DASYAT DAN ISTERINYA LEBIH DASYAT itu... pastilah USB drive itu dihantarkan juga satu salinan kepada yg mengarahkan siasatan. TAK GITU?

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli