Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Warga Asing Ditemui Tergantung di Sebatang Pokok di Cheras

No Comment

KAJANG: Seorang lelaki warga asing ditemui tergantung di sebatang pokok di Taman Rasa Sayang, Cheras di sini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Willey Richard berkata orang awam itu telah memaklumkan kepada polis mengenai penemuan tersebut kira-kira 03:20 hari ini.

Bomba tiba di tempat kejadian kira-kira 20 minit kemudian untuk menurunkan badan lelaki itu dari pokok yang terletak berhampiran sebuah stesen minyak.

Hasil siasatan mendapati lelaki tersebut adalah lelaki warga Myanmar dalam lingkungan 20-an.

"Tiada dokumen pengenalan diri dijumpai padanya. Bagaimanapun seorang rakan berjaya mengenal pasti mayat.

“Mangsa seorang pesakit mental” , tambahnya.

Mayat kemudiannya dihantar ke Hospital Kajang untuk pembedahan dan punca kematian masih lagi dalam siasatan. - Siakapkeli.my





Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli