Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

6 Sekeluarga Maut Kereta Rempuh Belakang Treler

2 ulasan

CHUKAI: Enam sekeluarga maut apabila kereta jenis Toyota Camry yang dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh dan terperosok dibawah sebuah lori treler di Kilometer 258.8 Lebuhraya Pantai Timur 2 tengahhari tadi.

Mereka yang maut adalah Azaman Ramli(pemandu), 49, Noor Akmal Mohd Zain, 48, Noor Amira Syahiran Alias, 22, Aliff Hateem Azaman, 16, Aliff Hakim Azaman, 12 dan Aqeel Muslim Abdullah, 3.

Semua mangsa meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan anggota badan.



Pemaandu lori tersebut, yang dipercayai sedang tidur di dalam kenderaan tersebut tidak menyedari kemalangan berlaku sehingga diberitahu oleh pengguna jalanraya yang lain.

Pemandu lori tersebut, 35 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Seramai 25 anggota bomba dan dua jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh dan Gambang dikejarkan ke lokasi nahas dan mengambil masa lebih dari sejam untuk mengeluarkan semua mangsa yang tersepit. - Siakapkeli.my







Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Assmuailkum semua sy mintak pd peguna lebuhraya bhati2 lah selalu,kjadian seperti ini,di sbb kan sikap kita yg tgesa2 hdk smpai,kpada yg telah pergi kita sedekahkan alfatiha,ini semua ketentuan takdir dari yg Maha esa,Al fatihah

    BalasPadam
  2. Assmuailkum semua sy mintak pd peguna lebuhraya bhati2 lah selalu,kjadian seperti ini,di sbb kan sikap kita yg tgesa2 hdk smpai,kpada yg telah pergi kita sedekahkan alfatiha,ini semua ketentuan takdir dari yg Maha esa,Al fatihah

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli