Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

MCA Selar Tindakan Ismail Sabri Cadang Wujudkan "Plaza Low Yat 2" Khusus Untuk Orang Melayu



KUALA LUMPUR: Tindakan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri yang memberikan cadangan supaya membuka "Low Yat 2" kepada peniaga Melayu sahaja nampaknya mendapat reaksi negatif daripada MCA.

Naib Presidennya, Datin Chew Mei Fun berkata, kejadian rusuhan baru-baru ini yang berpunca daripada kes mencuri telefon bimbit tidak seharusnya menjadi alasan kepada pembinaan Low Yat 2 ini.

"Adalah menyedihkan apabila Menteri terbabit memilih untuk mengikut rentak media sosial dan mengetepikan hakikat yang insiden (rusuhan) itu tiada kaitan dengan sentimen perkauman.

"Untuk itu kenyataan beliau itu memperlihatkan sama ada beliau menutup mata, atau gagal untuk memahami situasi negara yang terdiri dari pelbagai kaum," kata Chew dipetik Astro Awani.

BACA: Low Yat 2 Bakal Dibuka, Beri Peluang Kepada Peniaga Melayu Sahaja

Beliau menyelar tindakan Ismail itu kerana dilihat seolah-olah bersetuju dengan penyebaran fitnah di laman sosial yang akan menyebabkan berlaku perpecahan antara kaum di Malaysia.

"Sebagai anggota Kabinet, adalah tanggung jawab Ismail untuk memperjuangkan perpaduan kaum dan bukannya memecah belahkan lagi.

"Apabila pasaran dibenarkan untuk mendiskriminasi sesuatu kaum, ia ibarat (pemerintahan) apartheid," katanya lagi.

Disebalik cadangan tersebut, Chew menyarankan kepada Ismail agar menteri berkenaan mengadakan dialog khas untuk menggalakkan komunikasi lebih baik antara pelbagai kaum.

Isimal sebelum ini telah mengutarakan cadangan supaya Plaza Low Yat kedua diwujudkan khas untuk perniaga melayu sebagai sebuah pusat jualan dan borong alat telekomunikasi yang menyamai fungsi Plaza Low Yat, di Jalan Raja Laut.

Berdasarkan cadangan, Law Yat 2 ini bakal ditempatkan di Tingkat 3 Bangunan MARA (Majlis Amanah Rakyat) selepas tingkat 3 bagunan tersebut akan diubahsuai menjadi ruang perniagaan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli