Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Polis Sahkan Lima Pelancong Berbogel Akan Ditahan, Mereka Masih Berada Di Sabah



Baru-baru ini kita digemparkan dengan gelagat lima orang pelancong asing termasuk seorang wanita yang telah bertindak berbogel di puncak Gunung Kinabalu dan dalam perkembangan terbaru mereka berlima akan ditahan pihak berkuasa dalam masa terdekat.

BACA: Biadap, Pelancong Asing Muatnaik Gambar Telanjang Bulat Di Atas Puncak Kinabalu

BACA: GEMPA BUMI: Lima Pendaki Dikhuartiri Terkorban Di Gunung Kinabalu

BACA: Seorang Doktor Yang Mendaki Gunung Kinabalu Sahkan Ada Kematian Pendaki


Memetik laporan Harian Metro, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abd Rahman berkata, mereka telah menerima satu laporan polis di mana dalam laporan polis itu menyatakan nama lengkap mereka berlima.



"Polis sedang menyiasat laporan itu dan semua individu terbabit dipercayai masih berada di negeri ini.

"Pihak berkuasa akan mengadakan pemantauan di semua pintu keluar di negeri ini bagi mengesan kumpulan pelancong terbabit," katanya di sini, hari ini.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 294 Kanun Keseksaan kerana melakukan aktiviti lucah yang membawa hukuman penjara tiga bulan atau denda atau kedua-duanya. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli