Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

DAP Umumkan Pakatan Sudah Tiada Lagi

Ditulis oleh Anis, 16 Jun 2015


Pakatan Rakyat (PR) tidak wujud lagi selepas DAP menerima keputusan muktamar PAS yang meluluskan usul membatalkan hubungan dengan mereka, demikian menurut Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.

“Oleh kerana Pakatan Rakyat dibentuk oleh muafakat tiga parti serta terikat dengan rangka dasar bersama, usul muktamar PAS secara berkesan telah menamatkan Pakatan Rakyat.

“Pakatan Rakyat justeru tidak lagi wujud,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Memetik Malaysiakini, Lim mendakwa kerjasama tiga parti di dalam PR semakin meruncing sejak setahun lepas apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang gagal menunjukkan komitmenya dalam beberapa isu berkaitan gabungan berkenaan.

Ia semakin memburuk apabila Hadi dilihat mesra Umno-BN dalam membentuk kerajaan perpaduan dengan pihak lawan, apatah lagi menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Malah pelaksanaan hudud di Kelantan juga turut disifatkan Guan Eng sebagai faktor melemahkan kerjasama PR. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli